Pejabat Setiausaha Keselamatan Macau (GSS) mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, kini ‘bersembunyi’ di bandar itu.

Agensi keselamatan Macau itu berkata pihaknya hairan dengan tuduhan tersebut dan mendakwa SPRM ‘melanggar norma antarabangsa’.

Menurut GSS, SPRM telah mengeluarkan maklumat yang tidak berasas serta tidak mendapatkan sebarang pengesahan dari pihak berkuasa di Macau sebelum membuat dakwaan itu.

GSS berkata, polis Macau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat peribadi dan hanya boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa negara asing mengikut undang-undang dan norma antarabangsa.

Sebelum ini, Al Jazeera yang memetik seorang jurucakap SPRM berkata Jho Low dan beberapa individu yang dikehendaki berhubung skandal 1MDB kini berada di Macau.
.
#Terkini #Perspektif360