Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

DAP tolak cadangan Jazlan gugurkan 'Malaysian Malaysia'


DAP menolak cadangan pemimpin Umno dan MCA untuk menggugurkan slogan "Malaysian Malaysia" yang disifatkan sebagai batu penghalang dalam meraih sokongan orang Melayu kepada gabungan yang membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut Setiausaha agung DAP Anthony Loke, DAP tidak perlu menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” kerana komitmen parti itu mendukung prinsip Islam agama rasmi, bahasa Melayu, dan Perkara 153 Perlembagaan sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan.

Loke berkata, semua parti sudah mencapai persefahaman untuk tidak menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing sebelum membentuk kerjasama dan perkara itu turut dipersetujui Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Tambah Loke lagi, perkara itu tidak perlu diungkit lagi atau mencipta polemik yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed berkata DAP perlu berubah sekiranya mahu orang Melayu menyokong kerajaan campuran.

Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan supaya DAP menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan Malaysian Malaysia dalam perlembagaan parti itu merupakan pandangan peribadi Datuk Nur Jazlan Mohamed dan bukan pendirian UMNO.

“Saya ikuti dengan teliti, itu adalah pendapat peribadi Yang Berhormat Senator Datuk Nur Jazalan bin Tan Sri Mohamad Rahmat," ujarnya.

#Perspektif360

Post a Comment

0 Comments