Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Ayuh sertai Himpunan 100k bela Palestin Sabtu ini



PAS mengajak dan menyeru orang ramai menyertai Himpunan 100K Bela Palestin – Solidariti ‘Raya Bersama Gaza’ pada Sabtu (4 Mei) jam 3 petang di hadapan kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur.


Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, rakyat perlu hadir pada perhimpunan itu sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap perjuangan suci rakyat Palestin.


Menurutnya, dunia telah menyaksikan tindakan jahat dan zalim tentera rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin di bumi Palestin sendiri dan masih tidak menampakkan tanda redanya sejak 7 Oktober lalu.


Tambahnya lagi, walaupun angka korban telah mencecah lebih 40,000 termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua serta kemusnahan harta benda awam namun tekad, azam dan iltizam pejuang-pejuang Palestin tidak lain semata-mata untuk menuntut hak dan mempertahankan maruah mereka yang telah dicerobohi dengan zalimnya sejak zaman berzaman.


“Di samping menyempurnakan tuntutan agama iaitu membebaskan Masjidil Aqsa Asy-Syarif, salah satu tempat suci seluruh umat Islam,” katanya.


Sehubungan itu, PAS Pusat melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengeluarkan surat arahan agar ahli PAS menyertai himpunan tersebut.

Post a Comment

0 Comments