Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐩𝐫𝐨 𝐏𝐚𝐥𝐚𝐬𝐭𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐔𝐊



Perkembangan yang menarik sedang berlaku dalam politik UK apabila George Galloway dari Workers Party yang merupakan seorang penyokong tegar perjuangan Palestin dan anti-Israel menang pilihanraya kecil di Rochdale selepas kematian Ahli Parlimen Labour Sir Tony Lloyd. 


Semasa ucapan menyambut kemenangannya, George Galloway sebut "This is for Gaza". 


George adalah bekas Ahli Parlimen Labour yang kemudian menubuh dan bertanding bawah Respect Party. Beliau kemudiannya membatalkan parti tersebut pada 2016 dan menubuhkan Workers Party pada 2019.


Workers Party mula bertanding dalam beberapa pilihanraya bermula 2021 tapi namun gagal memenangi sebarang pilihanraya.


Namun pada pilihanraya kecil kali ni beliau berjaya menumbangkan calon dari dua parti utama dalam UK iaitu Conservative dan Labour. Lagi mengejutkan lagi pada pilihanraya kecil ini calon bebas dapat tempat kedua manakala calon Conservative hanya ditempat ketiga dan Labour ditempat keempat. 


Dalam pilihanraya kecil ini, George telah menjadikan isu Palestin sebagai kempen utama menyebabkan beliau berjaya menambah sokongan pengundi pro Pales yang sebelum ni mengundi Conservative dan Labour. 


Keputusan ini menakutkan Ketua Labour Party Sir Keir Stammer kerana sebelum isu di Gaza partinya dijangka menang bergaya dalam pilihanraya parlimen yang dijangka pada tahun ini di sebabkan rakyat sudah meluat kepada Conservative yang diketuai oleh Rishi Sunak kerana dianggap gagal membangunkan ekonomi UK.


Tetapi apbila berlaku isu Gaza, Labour secara terang-terang telah beberapa kali menolak usul gencatan senjata oleh SNP (Parti Scotland yang ada wakil dalam Parlimen UK). Maka Labour pun dilihat sama macam Conservative pro Israil. 


Jadi kumpulan Pro Palestin kini memberikan undi kepada calon ketiga yang bukan dari dua parti utama ini.


#Perspektif360

Post a Comment

0 Comments