Pemuda Pas menegaskan bahawa isu perarakan mengibar bendera China dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan, Khamis lalu bukanlah isu perkauman tetapi soal kedaulatan negara.
Ketua Penerangannya Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, terdapat beberapa pihak dilihat cuba berlagak hero dengan membela perbuatan itu.
Katanya, pihak berkenaan dilihat sengaja mengaitkan isu berkenaan dengan soal bangsa untuk membenarkan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
"Kita tidak berbicara soal bangsa dalam perkara ini, ini melibatkan soal kedaulatan negara, tindakan mengibarkan bendera negara luar itu merupakan perkara yang tidak masuk akal dan tidak dapat diterima.
"Malangnya, ada segelintir individu seolah membela tindakan itu, pada saya perbuatan sebegini amat tidak bertanggungjawab," katanya selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini.
"Kita tahu ada permohonan maaf yang dikeluarkan namun tindakan tegas mengikut laras peruntukan undang-undang perlu diambil.
Tegasnya, Pemuda PAS tidak mahu isu-isu sensitif sebegini dipandang enteng oleh mana-mana pihak.
0 Comments