Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pendakwaan yang merayu keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat tuduhan rasuah berjumlah RM232.5 juta sebelum ini.
Penghakiman dibuat sebulat suara itu, Hakim Hadhariah Syed Ismail berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf memutuskan pertuduhan dikenakan adalah cacat.
Panel hakim, yang turut dianggotai hakim Azmi Ariffin dan SM Komathy, membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan salah guna kuasa.
Bercakap bagi pihak panel rayuan, Hadhariah memutuskan bahawa pertuduhan adalah jelas dan tidak kabur.
Justeru, keputusan itu membolehkan perbicaraan berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melainkan Muhyiddin memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan memperoleh perintah penangguhan.
Pada 15 Ogos tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan salah guna kuasa adalah cacat dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.
Dia berkata pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai dakwaan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
#Perspektif360
0 Comments