Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas ADUN DAP Paul Yong atas sabitan merogol pembantu rumah warga Indonesianya dengan alasan bekas exco Perak itu mendapat perbicaraan yang adil.
Hakim Azman Abdullah ketika membaca alasan ringkas berkata, rayuan itu tiada merit kerana hakim perbicaraan telah membuat keputusan yang tepat mensabitkan Yong atas kesalahan itu.
Katanya, hakim perbicaraan juga tepat ketika menegaskan bahawa pembelaan perayu merupakan sesuatu yang difikirkan kemudian dan bersifat penafian semata-mata.
Namun Majoriti hakim besetuju mengekalkan hukuman dua sebatan, namun hukuman 13 tahun penjara yang dikenakan keatas Yong sebelum ini dikurangkan kepada lapan tahun.
Panel hakim turut membenarkan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.
#Perspektif360
0 Comments