Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Kibar bendera China : Tanggunjawab kita junjung martabat dan pertahankan kedaulatan negara - MCA



MCA mencabar mana-mana pihak yang boleh menyebut atau menyatakan kalau ada mana-mana negara lain yang membenarkan kibaran bendera lain di negara mereka.


Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, sudahlah perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram, ditambah lagi mengibarkan bendera asing asing di bumi Malaysia.


Katanya ini bukan isu politik atau isu perkauman. Tetapi ini adalah isu kedaulatan dan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak sedar akan tanggunjawab kita untuk menjunjung martabat dan mempertahankan kedaulatan negara kita sendiri.


Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negera, Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, walaupun permohonan maaf telah dibuat oleh penganjur tetapi mereka perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kecuaian tersebut sehingga berlaku pengibaran bendera China oleh warga negara itu.


Beliau turut mempersoalkan mengapa penganjur tidak menghentikan pengibaran bendera itu serta-merta kerana adalah tidak rasional mengibarkan bendera China dalam acara yang diadakan di negara Malaysia.

Post a Comment

0 Comments