Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Negara Kehilangan Tokoh Wibawa

Hari ini negara telah kehilangan seorang tokoh yang lantang bersuara terhadap isu-isu pemerkasaan Melayu Islam,  membanteras ekonomi hitam, melawan gejala rasuah dan gila kuasa pemimpin. 

Dukacita buat negara, pada usia 85 tahun Almarhum Tun Hanif Omar telah pergi meninggalkan kita. Almarhum merupakan mantan Ketua Polis Negera yang paling lama berkhidmat selama 20 tahun, dan paling muda dilantik jawatan tersebut. Tun Hanif Omar pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Penyiasat Melaka Tengah (April 1960), Penolong Ketua Polis Daerah Jasin (November 1960), Pegawai Turus Cawangan Khas Bukit Aman (1962), Pegawai Turus Cawangan Khas Selangor (1966), Ketua Polis Daerah Ipoh Perak (1967), Ketua Pegawai Turus Polis Majlis Gerakan Negara (1969), Ketua Polis Melaka (1970), Ketua Polis Selangor (1971), Timbalan Ketua Polid Negara (1973) dan Ketua Polis Negara (1974 - 1994). 

Selepas tamat perkhidmatan KPN, Almarhum tetap aktif bertindak sebagai aktivis yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM), Penasihat Gerakan Jihad Rakyat dan sebagainya. 

Sama-samalah kita doakan almarhum Tun Hanif Omar diberikan kurniaan rahmat dan kebaikan disisi-Nya setimpal jasa serta pengorbanan yang telah dicurahkan. 

Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga almarhum.

Mohamad Rosharizan b Mohd Rozlan

Pengerusi Ekspresi Anak Malaysia

Post a Comment

0 Comments