Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Himpunan 100K Bela Palastin capai sasaran - PAS



Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh individu (NGI), serta seluruh rakyat Malaysia yang turun menyertai perarakan Himpunan 100K Bela Palestin yang telah diadakan di ibu kota semalam.


Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Muhammad Khalil b Abdul Hadi berkata, himpunan 100K Bela Palestin yang dilaksanakan mencapai matlamat bersolidariti dan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang saban hari terus ditekan dan dizalimi oleh rejim Zionis. 


Menurutnya, himpunan itu menjadi lebih bermakna dengan kehadiran dua tokoh negara yang disegani iaitu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang selama ini cukup lantang membawa suara Malaysia mengutuk kekejaman Israel di persada dunia.


Beliau juga menghargai pengamal media tempatan dan antarabangsa seperti Al-Jazeera, serta media daripada platform media maya yang membuat liputan meluas bagi menyampaikan suara ketegasan rakyat Malaysia ke seantero dunia.


Beliau yang juga Adun Batu Buruk menyampaikan penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan perarakan dan himpunan tersebut.


"PAS mengharapkan kesatuan hati ini terus diteguhkan sehingga menjadi kegerunan kepada pihak musuh yang rakus memamah jasad insan-insan yang tidak berdosa di bumi Palestin. 


" Ini bukanlah himpunan yang terakhir dan solidariti kita tidak akan terhenti di sini. Sokongan berterusan akan terus dimanifestasikan dalam segala bentuk tindakan, termasuklah siri-siri himpunan mega selepas ini sehinggalah kemenangan mutlak berpihak kepada kebenaran," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments