Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

KPKT umum bina rumah untuk lima estet termasuk dua yabg terlibat dengan PRK Kuala Kubu Bharu



Kurang seminggu tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming mengumumkan kerajaan persekutuan bersama kerajaan Selangor bersetuju membina penempatan semula 245 keluarga peneroka estet getah yang bekerja di lima ladang iaitu Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.


Ladang Nigel Gardner dan Ladang Bukit Tagar merupakan dua ladang berada di bawah kawasan DUN Kubu Kuala Bharu. Manakala tiga ladang lagi berada di bawah kawasan parlimen Tanjung Karang


Terdapat 500 pengundi di DUN KKB datang dari Ladang Nigel Gardner dan Ladang Bukit Tagar.


Menurut Nga, projek perumahan ini adalah hasil kerjasama KPKT, kerajaan negeri dan Berjaya Corporation Bhd.


Beliau berkata, kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama kerajaan negeri Selangor telah memperuntukan RM75 juta. Sementara, Berjaya Corporation memberi tanah seluas 20 ekar secara percuma untuk pembinaan rumah dan projek tersebut akan disiap dibina dalam masa 22 bulan selepas mendapat kelulusan pembinaan.


Sebelum ini, penduduk lima estet berkenaan meletakkan syarat terhadap mana-mana calon yang mahu undi dari ladang berkenaan pada PRK ini perlu membuat perakuan berkanun (SD) bagi menunaikan segala janji yang ditabur.

Post a Comment

0 Comments