Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Masyarakat India tidak cemburu cuma minta Putrajaya tunaikan janji manifesto



Bekas pemimpin PKR menyangkal kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa masyarakat India cemburu dan marah dengan bantuan kerajaan kepada bumiputera.


Bekas Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar berkata bahawa kemarahan masyarakat India terhadap kerajaan hari ini kerana kegagalan menunaikan janji kepada komuniti itu.


“Memang masyarakat India tak perlu cemburu kerana hak masyarakat bumiputera itu termaktub dalam perlembagaan. Kita faham dan akui keistimewaan masyarakat bumiputera.


“Tapi, yang pentingnya apa yang perlu diberikan kepada masyarakat minoriti yang harus diberikan apa yang dijanjikan dalam manifesto," katanya.


Bekas timbalan menteri pelancongan itu berkata Putrajaya harus menggunakan 'cukai mudarat' (sin tax) yang dikutip untuk kepentingan orang bukan Islam di negara ini.


Beliau berkata, cukai mudarat yang dikutip pada tahun 2022 adalah RM8 bilion. Sekiranya 10 peratus iaitu RM800 juta diagihkan kepada minoriti dari itu dan peruntukan RM300juta kepada masyarakat India menjelang 2030 isu-isu penting masyarakat ini boleh diselesaikan.

Post a Comment

0 Comments