Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Polis tahan dua 2 lelaki berkempen bawa gambar Agung dan bendera PH



Polis menahan reman dua lelaki kerana membawa gambar Yang Dipertuan Agung (YDPA) di atas kenderaan ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki Cina warga tempatan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu terhadap penghinaan gambar Agung yang melibatkan sebuah kenderaan membawa sepanduk serta gambar YDPA dan bendera parti Pakatan Harapan.


Beliau berkata, setelah disiasat bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hulu Langat telah berjaya menahan dua suspek lelaki warga tempatan berumur lingkungan 60 tahun.


Tambahnya lagi, susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 4(1) Akta hasutan 1948.


Menurutnya, hasil semakan mendapati salah seorang yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau Seksyen 225 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke pendakwa raya dalam tempoh terdekat bagi mendapat arahan selanjutnya.

Post a Comment

0 Comments