Tarikh 16 Ogos 2021 menyaksikan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU) sebagai Perdana Menteri Malaysia ekoran penarikan sokongan oleh Ahli-ahli Parlimen UMNO terhadap kerajaan pimpinan beliau. Peristiwa ini berlaku selepas krisis politik negeri Perak yang menyaksikan Menteri Besar ketika itu, DS Faizal Azumu juga daripada parti BERSATU gagal dalam undi percaya yang dimulakan oleh ADUN UMNO pada Disember 2020.
Tidak sampai dua bulan selepas kerajaan persekutuan bertukar pimpinan, sebuah negeri yang dipimpin Ketua Menteri UMNO pula berhadapan krisis serupa susulan penarikan sokongan oleh dua ADUN UMNO sendiri serta dua ADUN yang lain.
Berikut merupakan sorotan percaturan politik UMNO atau pimpinan UMNO membabitkan kerajaan negeri Perak dan Melaka sejak tahun lepas.
PERAK
18 November 2020- ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Abd Manaf Hashim daripada UMNO membawa usul undi percaya terhadap MB Perak, DS Ahmad Faizal Azumu.
5 Disember 2020- MB Perak, DS Ahmad Faizal Azumu gagal dalam undi percaya terhadap kepimpinannya. Hanya sepuluh ADUN yang menyokong beliau walaupun usul tersebut dibawa oleh ADUN UMNO (keseluruhan ADUN UMNO berjumlah 25 orang).
9 Disember 2020- Pemimpin UMNO, BERSATU dan PAS bersepakat mengekalkan pentadbiran Perak di bawah kerajaan PN susulan kemelut politik melibatkan undi percaya terhadap MB Perak, DS Ahmad Faizal Azumu.
10 Disember 2020- ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad daripada UMNO mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
MELAKA
3 Oktober 2021- ADUN Sungai Udang dan bekas Ketua Menteri Melaka, DS Idris Haron yang dikaitkan dengan gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri Melaka menafikan pembabitannya. Beliau menyatakan tidak tahu mengapa namanya dikaitkan sedangkan secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan DS Sulaiman Md Ali.
4 Oktober 2021- Kerajaan Negeri Melaka tumbang ekoran penarikan sokongan oleh bekas Ketua Menteri, DS Idris Haron (UMNO) dan tiga lagi ADUN terhadap kerajaan pimpinan DS Sulaiman Md Ali. Tiga ADUN terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Sebagai respon terhadap perkembangan tersebut, Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan DUN Melaka dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, DS Ab Rauf Yusoh mengumumkan keahlian UMNO DS Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan tergugur secara automatik.
5 Oktober 2021- DS Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai sehari sebelumnya (4 Oktober) selepas cadangan yang dikemukakannya mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berharap supaya Timbalan YDPA, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh Melaka bagi tujuan menggantung sementara pelaksanaan PRN ekoran situasi COVID-19 yang masih melanda negara.
6 Oktober 2021- Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi menyatakan ADUN yang mengkhianati kerajaan negeri pimpinan BN akan dipecat.
10 Oktober 2021- Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan diadakan pada Khamis akan datang (14 Oktober) dijangka akan membincangkan secara khusus mengenai perkembangan politik Melaka.
Ahli MT UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berharap UMNO dapat menjalinkan kerjasama dengan parti lain khususnya PAS dan BERSATU bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
13 Oktober 2021- DS Zahid Hamidi memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam PRN Melaka sekiranya ia diadakan kelak.
14 Oktober 2021- Susulan kenyataan DS Zahid Hamidi tentang kemungkinan kerjasama MN tidak dapat direalisasikan dalam PRN Melaka, Ahli Parlimen Ketereh, TS Annuar Musa berkata sebarang pendirian UMNO tidak boleh bergantung pada kepentingan UMNO sahaja.
TS Annuar Musa juga berkata perkara tersebut akan dibincangkan & diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada malam ini.
==============================
RUJUKAN:
Adnan, N. (2020, November 26). ADUN BN kemuka usul undi percaya terhadap MB Perak. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/112050/EDISI/Perak/ADUN-BN-kemuka-usul-undi-percaya-terhadap-MB-Perak
Leong, I. (2020, December 4). Undi percaya DUN Perak: MB Faizal Azumu gagal peroleh sokongan majoriti. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/undi-percaya-dun-perak-mb-faizal-azumu-gagal-peroleh-sokongan-majoriti-271548
Mat, I. (2020, December 9). Kemelut Perak selesai, UMNO, PAS, BERSATU sepakat kekalkan pentadbiran Perikatan Nasional. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/763242/kemelut-perak-selesai-umno-pas-bersatu-sepakat-kekalkan-pentadbiran
Parzi, M.N. (2020, December 10). Saarani angkat sumpah jawatan MB Perak ke-14. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/763557/saarani-angkat-sumpah-jawatan-mb-perak-ke-14
Abdul Kadir, S. (2021, October 3). DUN Melaka bergolak: 'Saya tidak faham mengapa dikaitkan' - Idris Haron. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-politik/dun-melaka-bergolak-saya-tidak-faham-mengapa-dikaitkan-idris-haron-323323
Muhammad, H. (2021, October 4). Kerajaan Melaka tumbang: 'Tak mengapa hilang kerajaan negeri' - Ahmad Zahid cadang bubar DUN. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-politik/kerajaan-melaka-tumbang-tak-mengapa-hilang-kerajaan-negeri-ahmad-zahid-cadang-bubar-dun-323477
Azman, F. (2021, October 4). Kerajaan Melaka tumbang: Sokong PH, keahlian Idris Haron, Nor Azman dalam UMNO gugur - Ab Rauf. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-politik/kerajaan-melaka-tumbang-sokong-ph-keahlian-idris-haron-nor-azman-dalam-umno-gugur-ab-rauf-323507
Mamat, A. (2021, October 5). 'DUN Melaka bubar, pilihan raya dalam tempoh 60 hari'. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/872674/dun-melaka-bubar-pilihan-raya-dalam-tempoh-60-hari
Hibrahim, M.N. (2021, October 5). Pemuda UMNO berharap Timbalan Agong isytihar darurat di Melaka. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/165363/BERITA/Politik/Pemuda-UMNO-berharap-Timbalan-Agong-isytihar-darurat-di-Melaka
Zahid: Umno reps who betrayed Melaka govt will be sacked. (2021, October 6). The Star. https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/10/06/zahid-umno-reps-who-betrayed-melaka-govt-will-be-sacked
Mamat, A. (2021, October 10). Mesyuarat MT Umno bincang PRN Melaka, Khamis depan. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/764800/mesyuarat-mt-umno-bincang-prn-melaka-khamis-depan
Sharif, A. (2021, October 10). 'UMNO diharap kerjasama dengan parti lain hadapi PRN Melaka'. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/874428/umno-diharap-kerjasama-dengan-parti-lain-hadapi-prn-melaka
Azman, F. (2021, October 13). Politik Melaka: 'Biarlah UMNO bertanding dengan panji BN secara solo' - Ahmad Zahid. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-politik/politik-melaka-biarlah-umno-bertanding-dengan-panji-bn-secara-solo-ahmad-zahid-325138
Sukaimi, S.A. (2021 Oktober 14). Tidak boleh hanya melihat kepentingan UMNO – Annuar. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/berita/2021/10/tidak-boleh-hanya-melihat-kepentingan-umno-annuar/
Ayamany, K. (2021, October 14). Annuar Musa: Umno supreme council will only decide Melaka election stance tonight. Malay Mail. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/10/14/annuar-musa-umno-supreme-council-will-only-decide-melaka-election-stance-to/2013357
0 Comments