Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Pemuda PKR gesa kerajaan pastikan tindakan tegas terhadap Najib



Walaupun Perdana Menteri (PMX) Anwar Ibrahim berkata beliau menerima baik permohonan maaf Najib, namun Pemuda PKR berlainan nadanya.


Menurut sayap muda parti PMX itu, keadilan tidak boleh dikompromi dan tindakan tegas berlandaskan undang-undang berhubung kes 1MDB perlu diteruskan demi kepentingan awam.


Pemuda PKR tegaskan skandal 1MDB telah mencemar nama baik negara dan mengakibatkan kerugian besar kepada ekonomi dan kehidupan rakyat.


Tambahnya lagi, permohonan maaf tidak boleh menjadi ‘pelindung’ bagi mana-mana pihak untuk mengelak daripada tanggungjawab yang lebih besar atas kecurangan yang telah dilakukan.


“Permohonan maaf semata tidak akan memulihkan kerugian yang telah dialami oleh rakyat. Mereka yang terpaksa menghadapi kesan daripada skandal ini tidak boleh diabaikan,” katanya.


Pemuda PKR merujuk kenyataan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak kelmarin, yang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat, berhubung ‘kecurangan’ yang berlaku dalam 1MDB ketika di bawah pengawasannya.


Malah sayap itu juga menuntut kerajaan dan pihak berkuasa memastikan tindakan tegas diteruskan, dan semua yang terlibat dalam skandal itu dibawa ke muka pengadilan, tanpa mengira status atau kedudukan.


Tegasnya, kewajipan untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran awam haruslah diutamakan supaya kepercayaan rakyat kepada kerajaan dapat dipulihkan.

Post a Comment

0 Comments