Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Bersatu telah serah notis henti keahlian kepada 6 wakil rakyat yang berpaling tadah



BERSATU telah menyerahkan notis terhenti keahlian secara serta-merta kepada enam wakil rakyatnya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mereka didapati melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu. 


Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata bagi kes Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, keahlian beliau telah terhenti serta-merta menurut Fasal 10.2.6 Perlembagaan Bersatu. 


“Notis terhenti secara serta-merta keahlian telah dihantar kepada beliau (Datuk Suhaili) lebih awal iaitu pada 17 Mei 2024," katanya.


Hamzah berkata, kesemua proses ini telah dilakukan dengan menepati lunas Perlembagaan parti dan perundangan negara sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan dan/atau di bawah undang-undang kerajaan negeri yang berkenaan.


Katanya, tujuh wakil rakyat Bersatu telah digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu. 


Tujuh wakil rakyat itu membabitkan Ahli Parlimen iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) serta Adun Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari

Post a Comment

0 Comments