Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

PETA tuntut penjelasan 'tender terpilih' untuk pembinaan hospital




Pembela Tanah Air (PETA) menuntut penjelasan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengenai surat 'tender terpilih' bagi membina hospital.

Menurut PETA, amalan 'tender terpilih' bukan hanya melibatkan pembinaan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, malah turut melibatkan pembinaan dua lagi hospital iaitu Hospital Jelebu Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lipis Pahang.

"Nak buat hospital bukan setakat tak ada tender terbuka seperti yang PAKATAN janji tetapi jelas ia melalui lobi setiausaha politik Anwar Ibrahim. 

"Bukan sahaja Hospital Pakar Muar, rupanya amalan "direct award" telah terpakai secara rasmi hampir semua projek.  

"Nak kata telus apa? Surat dari pejabat PM itu boleh disifat arahan... ," katanya





Post a Comment

0 Comments