Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Hanya kebetulan PRK Sg Bakap : Anwar beri sumbangan RM290 ribu kepada masjid dan surau DUN Sungai Bakap



Bersempena dengan perayaan Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam pada 17 Jun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan sebanyak RM290,000 kepada sembilan masjid dan 20 surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.


Sumbamgan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Bandar Tasek Mutiara.


Menurut Shamsul, setiap masjid dan surau di kawasan DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan untuk aktiviti kariah masing-masing bersempena dengan sambutan hari raya korban.


Tambahnya lagi, Perdana Menteri dan kerajaan sentiasa memberi penumpuan khusus dalam penghayatan Islam supaya dapat disemarakkan oleh umat Islam terutama ketika sambutan perayaan nanti.


"Sebab itu beliau (Anwar) ambil keputusan beri sumbangan korban ini sempena semangat korban dan ibadah haji dan dalam masa sama memperkasakan akhlak, jadi Perdana Menteri beri sumbangan RM10,000 kepada setiap masjid dan surau bagi sama-sama merayakan Hari Raya Aidiladha," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments