Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Hanya kebetulan PRK Sg Bakap : Nga umum peruntukan RM18 juta Seberang Perai Selatan



Bekas pengerusi Bersih Thomas Fann mengkitik pengumuman Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming di Nibong Tebal mengenai peruntukan RM18 juta untuk pelbagai projek di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, bawah program Sentuhan Kasih.


Seberang Perai Selatan turut merangkumi DUN Sungai Bakap, yang dijadualkan mengadakan PRK pada 6 Julai.


Menurut Fann, walaupun Nga menafikan peruntukan tersebut mempunyai kaitan dengan PRK tetapi ‘mana-mana orang awam yang berfikiran wajar’ akan tahu perkara itu tidak patut dilakukan.


Beliau berkata, ia juga boleh dianggap sebagai penyalahgunaan sumber negeri kerana kerana Nga sebelum ini turut mengumumkan peruntukan RM5.21 juta bagi penduduk Hulu Selangor sebelum PRK Kuala Kubu Baharu.


“Malangnya, parti sama yang lantang memprotes ketika menjadi pembangkang kini juga mengambil tindakan tidak beretika setelah menjadi kerajaan.


“Langkah yang tepat dan adil sepatutnya adalah tidak membuat pengumuman tentang peruntukan apabila pilihan raya sudah hampir.”katanya.


Fann berkata, langkah menggunakan kelebihan penyandang untuk cuba mempengaruhi pengundi jelas menyebabkan pilihan raya di Malaysia tidak adil bagi pembangkang.


Beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jemaah Menteri memperkenalkan garis panduan bagi parti dalam kerajaan berhubung pengumuman peruntukan menjelang pilihan raya.

Post a Comment

0 Comments