Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Latihan ketenteraan RIMPAC 2024 disertai Israel : NGO pro-Palestin gesa Malaysia tarik diri




Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin, termasuk Muslim Care Malaysia, gerakan Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, MAPIM, dan 12 NGO lain menggesa Kerajaan Malaysia menarik diri daripada menyertai latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 yang akan diadakan di sekitar Kepulauan Hawaii dari 26 Jun hingga 2 Ogos sebagai protes terhadap penyertaan tentera rejim Israel dalam latihan ketenteraan itu.


Kumpulan itu berkata tindakan tersebut perlu karana Israel telah terbukti negara penyangak, pariah dan zalim serta secara terang-terangan mengabaikan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia susulan tindakannya terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun dan pembunuhan beramai-ramai semasa di Gaza ketika ini.


Mereka berkata, penghinaan Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan nyawa rakyat Palestin adalah fakta yang tidak dapat dinafikan serta disokong oleh bukti yang nyata dan jelas. 


"Dunia harus berhenti memperlakukannya seperti negara biasa yang mematuhi undang-undang jika kita serius mahu menyekat kezaliman yang dilakukannya di Gaza dan Tebing Barat.


“Oleh itu, kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan Malaysia untuk segera menarik diri daripada latihan ketenteraan RimPac 2024 untuk menegaskan mesej itu,” katanya dalam satu kenyataan bersama.


Sebelum ini media melaporkan Kapal Diraja (KD) Lekiu yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Kepten Mahamad Nazir Darus telahpun berlepas dari Jeti Operasi, Pangkalan Lumut dan akan menyertai Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2024 di Joint Base Pearl Harbor, Hawaii.

Post a Comment

0 Comments