Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Mahkamah Benar Najib Pinda Notis Usul Masukkan Bukti Baharu


Mahkamah Persekutuan hari ini (15 Ogos 2022) membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak meminda notis usul dalam permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan dalam rayuan akhir penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim membenarkan perkara itu sebelum peguam yang mewakili Najib, Hisyam Teh Poh Teik berhujah mengenai perkara itu.

Tengku Maimun berkata, pada peringkat ini mahkamah membenarkan pindaan itu namun bukan berhubung merit substantif kes.

Pindaan notis usul berkenaan adalah membabitkan keterangan lisan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

#Perspektif360

Post a Comment

0 Comments