Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

PULAU TUBA: PULAU RENDAH KARBON YANG PERTAMA DI MALAYSIA


Projek utama yang akan dilaksanakan di Pulau Tuba adalah menjadikan pulau ini sebagai pulau rendah karbon yang pertama di Malaysia.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor antara inisiatif yang akan diambil adalah menggantikan motosikal enjin kepada motosikal elektrik.

Jelasnya, pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan menampung sekitar RM1000 hingga RM2900 kos menukarkan kenderaan tersebut.

Muhammad Sanusi berkata hasrat kerajaan menjelang hujung tahun, semua motosikal enjin yang dipakai oleh penduduk akan diganti sepenuhnya kepada motosikal elektrik.

Tambah beliau seboleh-bolehnya kerajaan mahu mengekalkan keaslian Pulau Tuba dan ia juga satu-satunya pulau yang tidak mempunyai kenderaan di sini melainkan motosikal.

“Di Eropah banyak diusahakan bandar rendah karbon tapi kita usahakan Pulau Rendah Karbon dahulu, dan Pulau Tuba dilihat berpotensi,” ujar Sanusi dalam sidang media usai mengadakan lawatan di Pulau Tuba di sini, hari ini.

Di kesempatan yang lain, Menteri Besar juga memaklumkan bahawa kerajaan sudah mendapatkan tapak yang sesuai untuk pembinaan Klinik Pulau Tuba iaitu di atas tanah milik Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB).

“Tanah itu sangat luas dan sesuai diletakkan dua agensi di situ, Balai Bomba dan Klinik,” jelasnya. - UPDA

#Perspektif360

Post a Comment

0 Comments