Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Tun Mahathir Terus Menerus Serang Bekas Partinya


Semalam menerusi akaun Facebook beliau berkata 'Orang Melayu ingin diperintah oleh Kerajaan yang didominasi Melayu. Dalam PRU 15, orang Melayu boleh pilih antara Melayu penjenayah dalam UMNO dan orang Melayu yang bebas dari kes-kes jenayah."

Sehari sebelumnya Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO menulis "Mengikut kenyataan Presiden UMNO perjuangan BN/UMNO hanya untuk selamatkan pemimpin mereka dari dipenjara atau dicaj kerana mereka sudah melaku jenayah.
 
Tumpuan Kerajaan UMNO apabila menang ialah mendapat pengampunan bagi Najib dan menggugur kesnya yang sedang dibicara. Dengan itu ketua kleptokrat boleh pun menjawat jawatan PM.
 
Kes terhadap Zahid akan digugur. Demikian juga kes-kes terhadap pemimpin BN/UMNO yang lain. Inilah harapan UMNO jika menang.
 
Pemulihan ekonomi negara, penghapusan rasuah, pengstabilan politik, pertambahan peluang kerja, bantuan kepada rakyat miskin, mengatasi masalah orang Melayu dan kaum lain dan banyak lagi tidak disebut oleh Zahid, atau tidak diutamakan.

Bahkan pada 16 Oktober Tun menyatakan "Di masa Najib Kerajaan UMNO gagal dalam pengurusan kewangan. UMNO lah yang meminjam 42 billion Ringgit dengan mengguna 1MDB. Sebenarnya hutang Kerajaan dahulu tidak pernah lebih dari satu trillion.
 
Sekarang, membayar faedah sahaja pun memerlu berbillion Ringgit tiap tahun. Hutang pokok tidak dibayar. Kerap kali peruntukan untuk pembangunan diguna untuk bayar faedah pinjaman. Dengan ini pembangunan kekurangan dana dan tidak dapat dilaksana. Lebih-lebih lagi kos meningkat kerana rasuah.
.
#Terkini #Perspektif360

Post a Comment

0 Comments