Perikatan Nasional (PN) menawarkan 12 tawaran kepada Pahang pada PRU15 nanti. Menurut Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, manisfesto PN yang meletakkan agama sebagai intipati utama menjadi asas kepada tadbir urus yang berintegriti dan cekap selain memberi tumpuan kepada kecemerlangan pendidikan.
Beliau turut berkata bahawa 12 tawaran itu termasuk memberi sokongan pengajian kepada anak Pahang, memberi bantuan perkahwinan, memartabatkan belia dan warga emas, merancakkan sektor pelancingan dan kebudayaan sekaligus meningkatkan ekonomi.
Namun, jelas beliau lagi, bagi memajukan sektor pelancongan, usaha memulihara dan memelihara alam sekitar perlu dan akan dilakukan untuk memastikan kelestarian alam dalam jangka masa panjang.
Maka, untuk merealisasikan perkara tersebut, Perikatan Nasional perlu diberi tanggungjawab dan amanah oleh rakyat untuk mentadbir Pahang di bawah Pentadbiran Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Menteri Besar Pahang.
.
#Terkini #Perspektif360
0 Comments