Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Bas Nadiputra Putrajaya kenakan caj RM1 mulai Januari 2023


Mulai 1 Januari 2023 perkhidmatan bas Nadiputra di Putrajaya yang beroperasi secara percuma sebelum ini untuk rakyat Malaysia bakal mengenakan cas bayaran sebanyak RM1.

Kadar tambang sebanyak RM1 sehala tersebut adalah untuk enam laluan manakala satu laluan iaitu laluan P101 adalah percuma.

Berdasarkan satu kenyataan oleh Perbadanan Putrajaya memaklumkan, pelaksanaan itu bertepatan dengan perubahan dalam pengurusan Nadiputra, dengan Rapid Bus Sdn. Bhd. mengambil alih operasi daripada Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd.

Perkhidmatan bas henti-henti Putrajaya akan dioperasikan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) bermula 1 Januari 2023 dengan mengekalkan nama perkhidmatan bas sebagai Bas Nadiputra.

Pembayaran boleh dilakukan secara tanpa tunai dengan menggunakan kad Touch n Go, manakala diskaun kadar tambang layak dimohon oleh golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar.

Sebanyak tujuh laluan diperkenalkan yang akan beroperasi bermula jam 6.30 pagi hingga 8.00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 7.00 pagi hingga 8.00 malam pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.
.
#Terkini #Perspektif360

Post a Comment

0 Comments