Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Secara purata, saban hari setiap rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 1.17 kilogram sisa pepejal atau keseluruhan 36,699 tan. Berdasarkan data 2022 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu, majoriti sampah terbabit berakhir di tapak pelupusan, walhal ada antaranya yang boleh dikitar semula. Keadaan ini bukan sahaja satu kerugian kerana bahan kitar semula tersebut ada nilainya, tetapi turut memberi tekanan kepada hayat tapak pelupusan, yang menurut SWCorp, hanya mampu bertahan sekitar 25 tahun sahaja lagi. -
BERNAMA #terkini
0 Comments