PAS Terengganu melancarkan 10 manifesto secara berperingkat sebagai kesinambungan daripada kejayaan yang dicapai dalam pelaksanaan 20 tawaran semasa.
Menurut Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terenggan, pihaknya sedang menyusun langkah untuk memastikan setiap tawaran itu sampai ke akar umbi.
Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, bermula sekarang hingga pilihan raya negeri nanti usaha itu digarap supaya mesej itu diterima rakyat.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS negeri, Senator Datuk Husain Awang telah mengumumkan dua manifesto yang ditawarkan PAS jika menang dan mengekalkan pentadbiran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang iaitu rakyat Terengganu yang bekerja dengan pendapatan maksimum RM4,000 sebulan layak membuat pinjaman pembelian motosikal tanpa faedah dan khairat kematian RM500 untuk setiap kematian.
“Kita akan sediakan kemudahan pinjaman pembelian motosikal secara Qardul Hassan untuk kerjaya maksimum RM4,000 dan khairat kematian RM500 untuk setiap kematian.
“Setakat ini, saya boleh maklumkan dua janji sahaja, manakala lapan lagi akan diumumkan pada Program Himpunan Teguh Pertahan (HTP) akan datang,” ujarnya.
.
#Terkini #Perspektif360


0 Comments