Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) untuk memainkan peranan membendung kemasukan artis Barat yang mempromosi LGBT dari membuat persembahan di negara ini.
Ketuanya YB Ustaz Dato’Haji Ahmad Yahaya berkata, kita harus menyedari bahawa agenda normalisasikan LGBT dalam negara sentiasa berlaku melalui jarum yang sangat halus.
Beliau meminta satu tindakan segera dan tegas amatlah wajar bagi membendung perkara tersebut dari terus meracuni pemikiran anak bangsa biarpun secara tidak langsung.
Menurutnya lagi, sikap keterbukaan yang tiada sempadan serta garis panduan yang khusus dalam membendung kemasukan artis yang mempromosi LGBT hanya menambah masalah sosial anak muda dalam negara.
Beliau turut mengatakan bahawa pihaknya sudah berulang kali mengingatkan Kerajaan agar menambah baik garis panduan terhadap PUSPAL termasuklah dari sudut keanggotaan serta peranan agensi di dalamnya.
Tambahnya lagi, bagi memastikan negara bebas daripada normalisasi budaya tersebut serta mengekalkan dasar menolak pengaruh budaya LGBT, DUPP turut menyarankan agar terdapatnya satu usaha ke arah penggubalan peruntukan undang-undang yang khusus bagi membentengi negara daripada ancaman LGBT.
.
#Terkini #Perspektif360


0 Comments