Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil selepas diberhentikan dengan notis 24 jam.
Selain Fahmi, beliau menamakan Finas dan pengarahnya, Mastura Ahmad Mustafa, Idwan Ariff Abdul Rahman dan Noor Azam Shairi sebagai defendan.
Beliau dilantik sebagai CEO Finas dengan kontrak dua tahun pada 1 November 2021 itu mendakwa diberhentikan secara tidak sah, lima bulan sebelum kontraknya tamat hingga menyebabkan beliau mengalami tekanan mental serta malu.
Beliau menuntut surat penamatan khidmat bertarikh 31 Mei yang ditandatangani Pengerusi Finas, Datuk Kamil Ahmad Othman itu tidak sah mengikut undang-undang dan terbatal.
Dalam writ dan pernyataan tuntutan difailkan pada Rabu, Nasir turut menuntut kira-kira RM135,000 sebagai ganti rugi khas, ganti rugi am serta faedah 5% dan bayaran lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
.
#Terkini #Perspektif360


0 Comments