Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Penyokong Najib Dijangka Tidak Keluar Mengundi Atau Undi PN Pada PRN Ini


Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Nazifuddin Najib yang juga merupakan anak Datuk Seri Najib Razak menjagkakan penyokong bapanya akan melancarkan protes pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Menurutnya penyokong bapanya mengambil  tindakan tersebut kerana kecewa selepas tiada sebarang keadilan dilaksanakan oleh kerajaan campuran terhadap bekas perdana menteri itu.

Beliau menjangkakan bakal ada sebilangan penyokong bapanya itu tidak keluar mengundi atau mengundi pihak lawan pada PRN di enam negeri tersebut.

“Saya perhatikan dari media sosial dan juga pendapat kawan-kawan, memang ramai yang semakin kecewa sebab tidak kelihatan ada apa-apa hasil nyata terhadap memulangkan keadilan kepada Najib sejak kerajaan perpaduan terbentuk lapan bulan lalu.

“Ia sama ada dari segi pengampunan Najib atau pun digugurkan beberapa daripada baki lapan kes mengarut. Malah kes audit 1 Malaysia 
Development Berhad (1MDB) yang Najib menang tanpa diarah bela diri pun kerajaan sedang merayu,” katanya.

Sebelum ini adiknya, Nooryana Najwa  dilaporkan mengakui ramai penyokong Najib seolah-olah sudah hilang sabar malah mereka juga tidak mudah dipujuk lagi. 

“Ramai juga faham bahawa sokongan umum dan sokongan akar umbi terhadap DSN (Najib) adalah besar dan mungkin melebihi sokongan parti.

“Jadi jika ada sebilangan penyokong DSN yang tidak keluar mengundi atau pun undi pihak lawan maka ia ada kesan yang mungkin signifikan dari segi sokongan orang Melayu kepada UMNO dan BN,” ujarnya.
.
#Terkini #Perspektif360

Post a Comment

0 Comments