Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

PM Singapura Arah Menteri Bercuti Sementara Sehingga Siasatan Kes Rasuahnya Selesai


Menteri Pengangkutan S Iswaran diarah bercuti oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sementara menunggu siasatan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) negara itu.

Menurut CPIB, Iswaran sedang membantu siasatan namun tidak dapat memberikan butiran lanjut. Biro itu berikrar akan menyiasat kes itu secara menyeluruh  untuk membuktikan fakta dan kebenaran serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan berkata beliau telah diberi taklimat oleh CPIB yang kemudian meminta persetujuannya untuk membuka siasatan rasmi.

Tambahnya lagi, beliau telah memberikan persetujuan kepada pengarah CPIB pada 6 Julai dan siasatan rasmi bermula pada 11 Julai.

Lee menambah semasa ketiadaan Iswaran, Menteri Negara Kanan Chee Hong Tat akan memangku tugas menteri pengangkutan.

Untuk rekod, Iswaran adalah menteri ketiga yang menjalani siasatan berprofil tinggi tahun ini.

Sebelum in, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan turut disiasat dan telah membebaskan pada bulan lalu daripada salah laku berhubung penyewaan dua banglo kerajaan mereka di Ridout Road.
.
#Terkini #Perspektif360

Post a Comment

0 Comments