Bekas Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) Tan Sri Mohd Hassan Marican telah dilantik untuk mempengerusi sebuah Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada perdana menteri yang akan menasihati tentang pembangunan dan daya tahan ekonomi negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabar Perdana Menteri (PMO), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan jawataankuasa itu berikutan berakhirnya Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada bulan Februari lalu.
Menurut PMO , jawatankuasa baharu ini juga mengekalkan tiga daripada empat anggota (ACFIN) iaitu Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd (FVSB) Sdn Bhd Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi Prof Dr. Yeah Kim Leng dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Khazanah Dr. Nungsari Ahmad Radhi.
PMO turut menjelaskan bahawa jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada Kerajaan.


0 Comments