Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Kes tembakan di KLIA 1 : Suspek direman tujuh hari, dibawa ke KL hari ini


 Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari ke atas suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid dan suspek akan dibawa ke Kuala Lumpur hari ini untuk siasatan lanjut.

Suspek, Hafizul Hawari, 38, yang ditahan di Jalan Bayam, Kota Bharu, semalam tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan memakai baju lokap dan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Suspek ditahan semalam di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan selepas 36 jam melarikan diri.

Post a Comment

0 Comments