Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan negara ini telahpun berakhir, namun rakyat perlu ingat bahawa sambutan itu bukan sekadar memperingati pembebasan negara daripada penjajahan tetapi juga permulaan perjuangan ke arah masa depan lebih baik untuk semua. Negara sekarang berada di persimpangan yang penting dalam mewujudkan keadilan ekonomi serta masyarakat lebih saksama, dengan setiap ahli mempunyai akses sama rata kepada peluang serta sumber, dan di bawah pimpinan kerajaan MADANI yang komited melakukan pembaharuan, Malaysia di landasan bagi mencapai semua matlamat itu. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata langkah kerajaan untuk melakukan pembaharuan adalah tepat pada masa dan sejajar dengan trajektori pertumbuhan Malaysia yang kukuh, terutama jika dibandingkan dengan negara serantau dalam landskap pasca-COVID-19. -
BERNAMA #terkini
0 Comments