Join us on Telegram: www.t.me/terkini247

Tapak Baharu Lombong Emas Dan Tembaga Ditemukan Di Arab Saudi


Kerajaan Arab Saudi mengumumkan penemuan tapak baharu yang mengandungi emas dan tembaga di wilayah Madinah.
.
Berdasarkan Kajian Geologi Saudi yang diwakili Pusat Kajian dan Penerokaan Mineral, penemuan emas itu berada dalam sempadan kawasan Aba al-Raha, Umm al-Barrak Hejaz, wilayah Madinah.
.
Lapor Saudi Press Agency (SPA), penemuan tembaga juga dikesan di empat kawasan di wilayah Wadi al-Faraa yang juga terletak di Madinah.
.
Penemuan baharu itu dijangka menarik pelabur domestik dan antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Arab Saudi.
.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menambah senarai penemuan pada tahun ini, yang dilihat bakal mempercepatkan kadar pelaburan perlombongan di negara ini.
.
Penemuan tapak deposit bahan mineral berharga di pelbagai lokasi itu turut bakal menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, dengan menyaksikan kemasukan pelabur tempatan serta antarabangsa dalam sektor perlombongan.
.
Lokasi yang dikenal pasti itu dianggarkan boleh membawa pelaburan bernilai AS$533 juta (RM2.4 trilion) serta menawarkan peluang lebih 4,000 pekerjaan.
.
Pada Jun lalu, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman mengumumkan keutamaan negara ini adalah untuk sektor penyelidikan, termasuk pembangunan mampan dalam perlombongan.
.
Arab Saudi mempunyai sekurang-kurangnya 5,300 lokasi mineral berharga, sama ada dalam bentuk logam atau bukan logan, bahan binaan, batu hiasan dan batu permata.
.
#Terkini #Perspektif360

Post a Comment

0 Comments